Sunday, November 15, 2015

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Timur), Universiti Malaya

Assalamualaikum,
kaku rasanya dah lama tak update. Setelah menghabiskan masa beberapa jam untuk meng-hapdate blog usang ini, bagi lawa walau tak kebaboom, asalkan sedap mata memandang, kira okay lah.

Entry title kali ni adalah course yang CikPetite ambil kat UM ni. Course ni adalah selama 3tahun setengah.
Setakat CikPetite study ni, memang orang tak berapa tahu tentang course ni.
Okayy,

Pengajian Asia Timur ni, senang cerita study pasal negara-negara Asia Timur.
Negara Asia Timur;

  1. Jepun
  2. Korea Selatan
  3. China
  4. Korea Utara
Nak cakap belajar semua negara tuu, memang ya. Tapi tidak secara mendalam sangat melainkan itu Negara pilihan. Sebab, kami diberi pilihan untuk fokus kat negara mana. Contohnya, CikPetite pilih negara Jepun, CikPetite akan belajar pasal semua negara Asia Timur tu, tapi lebih fokus kepada negara Jepun.

Belajar apa je?
Belajar semua tentang negara pilihan, sejarah, ekonomi, politik, sosial, isu-isu pertikaian, perhubungan dengan negara Malaysia, dsb.

Apa kelebihan course ni?
Kelebihan course ni adalah korang akan belajar bahasa negara pilihan korang selama 6 semester bersamaan 3 tahun. Lagi setengah tahun korang habiskan lah ape yang patut, tapi kalau korang dah habiskan semua yang patut, korang boleh grad awal. Kira 3 tahun jelah.
Belajar bahasa asing ni memang best. Tambah pulak bilangan student dalam kelas bahasa tak ramai, so senang nak fokus, lecturer pun senang nak fokus kata semua student.

Erm, kerja apa bila dah grad nanti?
okay, course ini menjurus kepada bidang diplomat, so peluang kerjaya lepas grad adalah sebagai pembantu kedutaan, pegawai diplomatik, translator. Tapi, kalau korang jenis minat menyendiri, boleh je kerja as journalist. Make a journal pasal isu-isu negara or common journal tapi dalam bahasa yang dipelajari.
haa, ini rahsia Allah. Ada yang kerja lain dari bidang belajar, tapi tetap je berjaya.
huuuuu~

Okay, itu sahaja kot dari CikPetite kali ni.

TQ!

by,
CikPetite

7 comments:

Yana Zainol said...

Assalamualaikum, saya berminat kos ni.. nak mintak nasihat boleh?

Yana Zainol said...
This comment has been removed by the author.
araDOT said...

Waalaikumusalam, boleh-2 :)

Yana Zainol said...

Kita email boleh tak? Sbb nk tny banyak.. hehehe, ni email saya yanazainol96@gmail.com

Yana Zainol said...
This comment has been removed by the author.
Nur Hazwani said...

Salam.saya nak tanya kos ni ada temuduga tak?

c@h@y@ @!n said...

Salam. Sy nk tanya apa syarat kelayakan bg lepasan diploma?